Mac OS, yang berarti Macintosh Operating System, atau Sistem
Pengoperasi Macintosh, adalah sistem pengoperasi komputer Apple untuk
komputer Apple Macintosh. Mac OS merupakan sistem pengoperasian
pertama yang menggunakan antarmuka pengguna grafik (Graphical User
Interface -- GUI). Pasukan Macintosh termasuk Bill Atkinson, Jef
Raskin dan Andy Hertzfeld.
Terdapat berbagai pandangan bagaimana Macintosh di bangunkan dan di
mana ide asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek
Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah,
sumbangan awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland dan Sistem di Talian
(On-Line System) oleh Doug Engelbart tidak kurang pentingnya. Lihat
Sejarah GUI, dan Apple v. Microsoft.
Apple sengaja merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun awal
kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah
pengguna dan membezakannya daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang
digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal. Apple
mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang "terus berfungsi"
apabila anda menghidupkannya.
Versi
Sistem Operasi Macintosh pada awalnya dikenali sebagai Sistem, seperti
"Sistem 6.0.7″ atau "Sistem 7". Pada awalnya juga dikenali sebagai
Kotak Perkakasan "Toolbox"; yang mengandungi himpunan rutin piawaian
yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan kepada perkakasan
komputer itu sendiri.
Pengabstrakan ini yang membenarkan applikasi Mac ditulis untuk satu
generasi sistem digunakan pada generasi berikutnya, sebagai contoh:
dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook, kepada Power Macintosh.
Pada awalnya Apple sengaja mengaburkan kewujudan sistem operasi ini
bagi membezakan Mac daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang
digambarkan sebagai lebih sukar digunakan berbanding Mac. Istilah
seperti "sistem" dan "kotak perkakasan (the toolbox)" merupakan cara
mudah untuk merujuk kepada perkhidmatan sistem operasi dan Macintosh
API seterusnya mengelakkan penggunaan istilah teknikal (technical
jargon). Sehingga kemunculan era sistem G3 (yang dikenali sebagai
mesin "dunia baru"), sebahagian besar sistem disimpan dalam ROM
fizikal pada papan induk, dan juga komponen sistem pada cakera yang
menambah, mengesampingkan (override)atau memperbaiki rutin ROM.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang
simpanan dalam cakera liut yang terhad untuk sistem sokongan, kerana
komputer Mac yang terawal tidak mempunyai cakera keras. Sebenarnya
cuma satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable) menggunakan ROM
sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.
Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang memasukkan logo Mac OS
(muka tersenyum (smiley face) biru). Mac OS 7.6 (yang dikeluarkan pada
1996) merupakan sistem pertama yang dinamakan Mac OS kerana wujudnya
"klon-klon" Mac, sistem yang hampir serupa daripada syarikat-syarikat
lain seperti Power Computing dan Motorola, dan Apple hendak
memberitahu dengan jelas bahawa sistem operasiannya merupakan hak
milik intelektualnya sendiri.
Sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Mac OS "Klasik", sistem yang mula-mula dikeluarkan untuk Mac yang
pertama pada tahun 1984 hinggalah Mac OS 9.
Mac OS X (huruf "X" itu disebut sepuluh, iaitu nombor Roman) yang
lebih baru. Mac OS X memasukkan unsur-unsur BSD Unix, OpenStep, dan
Mac OS 9. Sistem tahap rendah asasnya, Darwin yang berasaskan Unix,
merupakan sumber terbuka.
Mac OS Klasik
Mac OS klasik dikenali sebagai satu sistem yang tidak mempunyai
sebarang baris perintah (command line); merupakan sistem yang
menggunakan antara muka pengguna grafik (IU) sepenuhnya. Dipuji kerana
senang untuk digunakan, sistem ini juga dikritik kerana menggunakan
kerjasama multitugas (cooperative multitasking), ketiadaan pengurusan
ingatan, dan kecenderungan pertelingkahan tambahan/sambungan.
"Tambahan" adalah perisian yang ditambah kepada sistem pengoperasi,
untuk memberikan fungsi tambahan - seperti rangkaian kerja
(networking) - atau sokongan kepada perkakasan tertentu. Sesetengah
sambungan tambahan mungkin tidak akan berfungsi dengan betul antara
satu sama lain atau mungkin perlu ditambah mengikut urutan tertentu.
Menyelesaikan masalah tambahan Mac OS boleh menjadi satu proses cuba
jaya yang memakan masa yang panjang.
Mac OS juga memperkenalkan Sistem Fail Hierarki (Hierarchical File
System), sebagai satu cara inovatif penyususnan fail. Satu fail pada
DOS atau Unix merupakan jujukan bait (byte), yang memerlukan aplikasi
mengetahui bahagian bait mana yang mewakili kod dan bahagian mana yang
mewakili grafik atau data yang lain, Fail Mac mempunyai dua bahagian
yang berlainan. Sebagai tambahan kepada cuaran data, yang merupakan
ulangan bait, terdapat juga akar cuaran resource fork yang mengandungi
data yang sudah disusun seperti menu, grafik, bunyi, dan segmen kod.
Satu fail applikasi mungkin hanya mempunyai sumber yang tidak
mengandungi bahagian data. Fail teks mungkin mengandungi teks dalam
bahagian data dan maklumat stail pada sumbernya, jadi applikasi yang
tidak mengenal maklumat stail tersebut masih boleh membaca teks yang
disimpan. Walaupun kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan, Mac OS
tidak dapat digunakan bersama-sama sistem-sistem pengoperasian lain
yang tidak menggunakan sistem Mac OS; contohnya, apabila sesuatu fail
disalin daripada Mac kepada DOS atau Unix, akar cuarannya akan
dibuang.
Menjelang akhir 1990-an, telah disedari bahawa teknologi era 1980-an
ini telah melangkaui hayatnya, dengan kewujudan sistem-sistem
pengoperasian multitugas baru yang lebih stabil.
Mac OS X
Rencana utama: Mac OS X
Mac OS X mambawakan pengurusan memori ala-Unix dan pre-emptive
multitasking kepada platform Mac. Pengurusan memori yang jauh lebih
baik membolehkan lebih banyak perisian berjalan serentak dan hampir
menghapuskan kemungkinan sesuatu perisian meruntuhkan perisian lain.
Ia juga adalah Mac OS petama memasukkan baris arahan, walaupun tidak
dapat dilihat kecuali apabila penggunanya melancarkan perisian
"terminal".
Ramai peminat Mac OS asal menerima OS X, tetapi terdapat beberapa yang
mengkritiknya sebagai lebih susah dan kurang mesra pengguna daripada
Mac OS asal.
Teknologi Mac OS
QuickDraw: model pengimej imaging model yang pertama memberikan
pasaran pukal WYSIWYG
Finder: antaramuka untuk melayari filesystem dan melancarkan applikasi
MultiFinder: versi pertama yang menyokong menjalankan lebih dari satu
perisian secara serentak
Chooser: perkakasan untuk mencapai network resources (contoh:
mengaktifkan AppleTalk)
ColorSync: teknologi untuk memastikan pemadanan warna yang sesuai
Pengurusan ingatan OS Mac: bagaimana Mac menguruskan RAM dan ingatan
maya sebelum bertukar kepada UNIX
Pengemulasian Motorola 68000 oleh PowerPC: bagaimana Mac menangani
transisi arkitektural daripada CISC kepada RISC (lihat emulator Mac
68K)
Desk Accessories: perisian kecil "helper" yang boleh dijalankan
seiring dengan sebarang perisian lain, sebelum munculnya MultiFinder
atau System 7.
PlainTalk: teknologi sintesis pertuturan and pengecaman pertuturan
Mac-Roman : set aksara
Projek Star Trek
Satu aspek sejarah yang menarik mengenai Mac OS Klasik ialah: ianya
merupakan satu prototaip rahsia yang tidak diketahui umum yang
dimulakan Apple pada tahun 1992 yang diberi nama kod Project Star
Trek. Matlamat projek ini ialah untuk mencipta versi Mac OS yang boleh
berfungsi pada komputer peribadi serasi-Intel x86. Projek ini tidak
bertahan lama, ianya dibatalkan hanya selepas setahun iaitu pada 1993
kerana pertelingkahan politik dalaman. Walaupun begitu, pasukan projek
ini berjaya menjadikan perisian seperti Macintosh Finder dan applikasi
asas seperti Quicktime berfungsi secara lancar pada PC.
Walaupun perisian Star Trek tidak pernah dilancarkan, emulator
pihak-ketiga Macintosh, seperti vMac, Basilisk II, dan Executor,
akhirnya menbolehkan kemungkinan menjalankan Mac OS Klasik pada
komputer peribadi x86. Emulator-emulator ini terhad mengemulasikan
barisan pemproses 68000, dan dengan demikian tidak dapat menjalankan
versi Mac OS yang lebih terkini daripada 8.1 yang memerlukan
pemprosesor PowerPC. Mutakhir ini, emulator seperti Pear PC telah
muncul yang mampu mengemulasikan pemproses PowerPC yang diperlukan
oleh versi terkini Mac OS (seperti Mac OS X). Walaubagaimanapun, ianya
masih di peringkat awal dan seperti emulator-emulator lain, cenderung
untuk berjalan lebih perlahan daripada OS natif.
sumber valid : http://www.beritanet.com/Technology/45.html
Tuesday, September 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)